apa hukumnya
menonton filem/video porno?
Filem atau video porno/lucah adalah gambar bergerak yang
bertujuan untuk membangkitkan nafsu seksual penontonnya yang lazimnya
menampilkan adegan aktiviti seksual. Filem porno secara umum dibagi dua
kategori, softcore dan hardcore. Softcore adalah yang tidak menampilkan adegan
seksual secara melampau, sedang hardcore menampilkan aksi yang melampau
lucahnya. Filem porno dijualbeli dan disewakan dalam bentuk DVD, dipertunjukkan
melalui internet, atau saluran TV khusus, layanan bayar (pay-per-view)
melaui kabel dan satelit, juga di panggung-panggung wayang.
Menurut Syaikh ‘Atha` Abu Rusytah, menonton filem porno hukumnya haram, meski itu hanya
gambar dan bukan kenyataan yang sebenarnya. Dalilnya kaedah fiqih : الوسيلة الى
الحرام حرام (Segala perkara yang membawa kepada haram,
hukumnya haram).
Menurut beliau, pengamalan kaedah ini tidak mensyaratkan
perkara itu akan mengakibatkan keharaman secara pasti, tapi cukup ada dugaan
kuat غلبة
الظن)) , sarana itu akan mengakibatkan
pengharamannya. Kerana pada umumnya, filem porno akan mendorong penontonnya
melakukan perkara haram, seperti onani, mencabul kehormatan dan seterusnya
zina. Maka kaidah fiqih tersebut dapat digunakan untuk kes ini sehingga hukum
menonton filem lucah adalah haram. (Ajwibah As`ilah, 10/10/2006).
Syaikh Ziyad Ghazzal juga
menegaskan pengharaman menonton filem porno dalam kitabnya Masyru’ Qanun Wasa`il al-I’lam,
hal. 75.
Dalilnya sabda Rasulullah SAW
bermaksud ”Kedua mata dapat berzina, dan zina keduanya adalah melihat. Kedua
telinga dapat berzina, dan zina keduanya adalah mendengar. Lidah zinanya dengan
bicara. Tangan zinanya dengan menyentuh yang haram. Kaki zinanya dengan
melangkah ke tempat maksiat . Hati zinanya dengan berhasrat dan menginginkan.
Dan kemaluan akan membenarkan atau mendustakannya.” (HR Muslim).
Syaikh Ziyad Ghazzal menjelaskan wajhul istidlal (cara
mengambil kesimpulan hukum) dari hadis tersebut sebagai berikut. Kalau zina
telinga yang diharamkan itu dengan mendengarkan cerita tentang zina, maka lebih-lebih
lagi kalau melihat gambar orang berzina. Karena melihat gambar orang berzina
lebih jelas dan lebih besar pengaruhnya ke dalam jiwa daripada sekadar
mendengar cerita zina. Maka
melihat filem porno hukumnya haram. (Ziyad Ghazzal, Masyru’ Qanun Wasa`il
al-I’lam, hal. 76).
Dikecualikan dari keharaman ini, pihak-pihak yang
mempunyai keperluan syar’i (hajat syar’iyah), yaitu keperluan yang dibenarkan
hukum syariah. Misalnya, polis, atau hakim (qadhi) yang akan menjatuhkan
hukuman untuk pelaku suatu filem porno. Dalam kondisi seperti ini, boleh
hukumnya pihak-pihak tersebut melihat filem porno dalam rangka pemeriksaan
tanpa berlebih-lebihan atau mengambil peluang.
Dalilnya adalah hadis dan Ijma’ Shahabat. Diriwayatkan
ketika Nabi SAW mengangkat Sa’ad bin Muadz sebagai hakim untuk menghukum mati
kaum lelaki Yahudi Bani Quraizhah, Sa’ad telah membuka sarung mereka untuk
mengetahui mereka sudah dewasa atau belum. (HR Al-Hakim dan Ibnu Hibban).
Pada zaman Khalifah Utsman, seorang lelaki pencuri
tertangkap. Khalifah Utsman memerintahkan para sahabat untuk melihat aurat di
balik kain sarungnya. Ternyata rambut kemaluan pencuri itu belum tumbuh
sehingga dia tak jadi dipotong tangannya. (HR Baihaqi). Hal ini diketahui para
shahabat dan tak ada yang mengingkarinya sehingga terwujudlah Ijma’ Shababat.
(Taqiyuddin an-Nabhani, an-Nizham
al-Ijtima’i fi al-Islam, hal. 40).
Dalil-dalil ini membolehkan melihat aurat jika ada keperluan
yang dibenarkan syariah. Kalau melihat aurat dibenarkan, maka melihat gambar
aurat seperti filem porno juga diperbolehkan, jika ada keperluan yang
dibenarkan syariah, seperti pemeriksaan oleh polis atau hakim. Manakala keadaan
lain tidak dibenarkan sama sekali.
Kesimpulan,
Adalah di harapkan para remaja muslim menjauhkan diri
dari menonton bahan-bahan lucah ini demi menjaga kesucian rohani, kerana anda
telah maklum dari Hadis Nabi di atas akan hukum tersebut sama seperti berzina
(zina kecil). Apabila hati dan fikiranmu telah kotor maka itu bermakna ia akan
menjadi sarang syaitan. Lantas syaitan yang sentiasa aktif itu akan mendorongmu
untuk sentiasa berada di jalannya yang sesat itu, mereka akan mengajakmu untuk
mengulangi perbuatan itu berulangkali. Bahkan akan mendorongmu ke jalan yang
lebih buruk lagi malahan tidak akan berhenti sehingga kamu akan melakukan dosa
yang lebih besar dari itu. Na’uzubillah.
Sedarlah bahawa ini diantara perancangan musuh kita
(Yahudi dan Kristian) untuk memusnahkan ummat Islam melalui pintu-pintu
maksiat. Jauhi sama sekali dari mencubanya. Katakan pada dirimu: ”Aku mahu
manjadi pemuda/pemudi Islam seperti Ibnu Abbas, Harithah, Salahuddin Al Ayyubi
atau Muhammad al Fatih, yang mendaulatkan Islam dimuka bumi”. Atau katakan:
”Aku mahu menjadi pemuda/pemudi yang hidup mengabdi diri dan taat kepada Allah
sejak usia remaja lagi untuk menggapai janji Allah sebagai orang yang mendapat lindungan
Arasy Allah dihari yang tiada lindungan kecuali lindunganNya(padang Mahsyar)”.
Untuk menjadi pemuda demikian kau mestilah menjauhi
maksiat samada dari matamu atau telingamu atau hatimu, malah tangan dan kakimu.
Jika ada ajakan dari syaitan maka bayangkan dalam dirimu bahawa Allah Yang Maha
Melihat mengetahui apa yang kau lakukan. Katakan pada dirimu : “Allah sedang
melihatku” . Maka akan sirnalah keinginan tersebut lantaran cahaya imanmu itu
dan pasti akan terpelihara seluruh pancainderamu.
Para ibubapa juga wajib mengawasi anak2 yang melayari
internet atau buku-buku bacaan mereka.
Semoga iltizam kita dalam mematuhi suruhan Allah dan
menjauhi laranganNya akan menghantar kita ke gerbang kebahagiaan di dunia dan
akhirat.
Wallahu a’lam
Ust.Shahidah Sheikh Ahmad







0 komentar:
Posting Komentar